Mimpi Penjaga Makam Nabi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu

Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).


Pada suatu malam, hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW.

selepas membaca lalu hamba tertidur.

Dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba,

dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

matinya dalam keadaan beriman.


v isteri tidak mendengar kata suami.

v orang kaya tidak lagi bertimbang rasa

v orang tidak lagi berzakat

v dan tidak membuat kebajikan

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit,

sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI :

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.


(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.


(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Marilah kita mengambil pengajaran daripada kisah di atas serta melaksanakan apa yang dipesan oleh beliau. Sekiranya anda tidak percaya akan kesahihan kisah ini, tiada siapa yang mampu meyakinkan anda kecuali akal dan hati anda sendiri. Tapi, seelok-eloknya, kalau perkara yang positif dan berbentuk nasihat mcm ni, eloklah kalau kita ikut... sebar2kan lah kisah ini

3 comments:

Anonymous said...

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai

Prince Caspian said...

seb bek dah ade pnjlasan..
baru nak paste risalah yg same..
hati2 kalo trime risalah..
bkan sume risalah yg KONONNYE dari Nabi@ulamak boleh dipercayai...

Anonymous said...

ada otak pikir...takkan sbb baca risalah tp tk sebarkan boleh terima bala...mcm bodoh je....nmpk mcm mempersendakan baginda Rasulullah S.A.W sbb ada benda yg belum selesai sampai masuk ke mimpi org utk suruh sebarkan....umat islam dah ada rujukan dan panduan yg cukup lengkap di dunia iaitu Al_Quran dan Hadis Nabi....tp ada lg yg bengong nk pecaya.....benda khurafat mcm ni boleh rajin baca dan sebar tapi kitab A-Quran dan hadis malas nk baca....

Post a Comment

A PLACE TO LET OUR CREATIVITY RUN WILD :: Let's see what we can do~

TAKE A DEEP BREATH N READ THROUGH~

Disclaimer: This is not my own work. All credit goes to the original creator.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 :: MAHISS :: |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.