Karnival Keusahawanan dan Mahrajan Kawad Kaki [KKMKK]

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Lama blog nih berdiam diri...
Dan berhabuk sana sini...
Oleh sebab itulah, (ceyh! ayat tak bleh blah) Cik Admin ni dtg meng-update (bahasa apa nih? jngn ikut,ea..) blog nih. Buang sampah sarap mana yang tak patut. Susun elok2 balik. Ikut prinsip 5S yang Pengetua selalu promot tuh. 
Oklah,. balik pada tajuk asal. Karnival Keusahawanan dan Mahrajan Kawad kaki yang diadakan sempena Bulan Cakna Kokurikulum. Rasanya semua orang tahu kot tentang event nih. Mana taknnye, sesungguh pasukan unit beruniform SMKA MAAHAD HAMIDIAH (besar punya nama sekolah)berlatih kawad kaki tiap-tiap petang. Sangat-sangat bersemangat. Biasalah, budak maahad.Sekali tengok, mereka-mereka nih dah macam kat sekolah tentera, petang2 kawad je kejenya.. tapi, rasenye berbaloi juga pengorbanan mereka-mereka nih balik lambat tiap-tiap hari, semata-mata untuk mende nih. Tak caya. Korang pun dah tengok sendiri macam mana hasilnya semalam. Best! Lebih baik dari tahun lepas kowt... Alhamdulillah, segalanya berjalan sebagaimana yang dirancangkan walaupun, terdapat sedikit kelewatan.
-gmbr ini diambil daripada blog salah seorang budak maahad-

Macam biasalah, kalau dah namanya Pertandingan Kawad Kaki, atau nama barunya Mahrajan Kawad Kaki.. mestilah ada Johan, Naib Johan,.. bla..bla..
Tapi, disini, Admin hanya mampu menyenarai pendek Johan Dan Naib Johan bagi pertandingan Kawad Kaki berkumpulan. selepas ini, bagi mereka yang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah, berusah,k.. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Semuanya bermula dengan usaha dan tawakal.

Putera:
Johan: Kadet Polis
Naib Johan: Pengakap

Puteri: 
Johan: Kadet Polis
Naib Johan: Bomba

Tahniah! Tahniah! Yang Lain, tidak bermakna anda tidak bagus. Mungkin perlukan effort yang lebih lagi. Chayo! apa2pun, kesungguhan unit2 nih kawad setiap hari sepatutnya diterapkan semasa dalam kelas. Bukannya sesungguh Berkawad, tapi Syahid dalam kelas. Kesungguhan inilah yang sepatutnya mengiringi diri semasa belajar dalam kelas. Adehh.. Bagi Kawad Individu, Ana tidak berapa ingat pemenang-pemenangnya, insya-ALLAH anak akan dapatkan nanti,ea..

serentak dengan event kawad nih, ada Hari Keusahawanan. Gerai2 nih ditempah dengan bayaran RM 50, RM 20 deposit kebersihan.Mostly, gerai-gerai yang dibuka tuh jual makanan.. Yelah, budak maahad kan memang suka makan. Pihak sekolah ada sediakan anugerah Usahawan Harapan,  dan kalau tak silap, pelajar Form 1 yang merangkul anugerah tuh!  Alhamdulillah.. Dari program nih, dapat cungkil macam-macam bakat terpendam budak2 maahad.  Penutupnya, beringatlah.. amalan itu bermula pada niat. Betul niatnya, insya-ALLAH keberkatan ALLAH mengiringi. Kejayaan juga mengekori.
 

wassalam..
sekian dari ana.
 

1 comment:

Ben18 said...

salam..mintak tolong admin upload gambar@video event2..bru la kitorang yg dah x dapek nk tgk ni bole la tgk2...hahaha..upload2..bru best nk melawat..Blog yg bagus..TAHNIAH POLIS!!

Post a Comment

A PLACE TO LET OUR CREATIVITY RUN WILD :: Let's see what we can do~


TAKE A DEEP BREATH N READ THROUGH~

Disclaimer: This is not my own work. All credit goes to the original creator.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 :: MAHISS :: |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.